Owner
Owner
Homepage
Owner

September 16, 2012

Teletubies!

Adakah anda pernah menonton siri rancangan Teletubbies di kaca televisyen? Jika pernah, mungkin anda pernah menganggap bahawa rancangan ini dibuat di dalam studio. Namun sebenarnya rancangan ini dilakukan di luar studio.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berkemungkinan kanak-kanak zaman sekarang ramai yang tidak mengetahui tentang siri Teletubbies ini. Mungkin pada awalnya kita  menyangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England. Boleh lihat gambar di bawah ini.



Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.



Sungguh cantik sekali tempat lokasi pengambaran siri rancangan televisyen Teletubbies ini. Memang seperti dalam studio apabila kita menontonnya sendiri di kaca televsiyen. Ini membuktikan mereka mampu membuat satu bentuk dekorasi yang sangat menarik. Namun siri teletubbies ini hanya tinggal kenangan sahaja.

No comments:

Post a Comment